TENTANG SESEORANG

My photo
im juz a simple crazy guy....

Thursday, February 25, 2010

ARENA DEBAT BILA RINDU BERBISIK 3


Jika dalam 2 post sebelum ini aku sudah memberikan sedikit panduan untuk menyuluh masa depan arena debat. Kini aku akan ceritakan tentang pasukan aku yang dianggotai oleh aku, Junny dan Siddiq.Kami mula disatukan ketika Debat Kemerdekaan 2008 dan gandingan kali pertama telah merealisasikan hasrat untuk melihat IPTS mengegar dunia debat.Sepanjang 2 tahun bersama banyak juga kejayaan yang kami rasai.Sepanjang menyertai belasan pertandingan hanya sekali kami gagal untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke peringkat separuh aku.Bagi aku sendiri ada 4 faktor yang menentukan keunggulan pasukan iaitu konsep, hujah, bidasan dan persembahan.


1)KONSEP
Bagi pandangan aku elemen ini adalah kekuatan utama pasukan.Pembukaan konsep kerajaan mahupun konsep bangkangan menjadi cerminan awal kepada kejayaan pasukan.Pasukan perlu tahu untuk tackle sesuatu usul.Ramai yang menyatakan UTP lebih kuat sekiranya menjadi pembangkang semasa mula-mula kemunculan kami kerana mempunyai konsep bangkangan yang baik.Tetapi bagi aku sama je jadi kerajaan ke pembangkang.Pernah juga kalahkan UIA dan UM walaupun menjadi kerajaan.Yang penting perincian perlu jelas.Selain itu pembawaan konsep perlulah konsisten sepanjang perdebatan.

2)HUJAH
Hujah bukan sahaja merujuk kepada isi dan fakta malah perkara yang lebih penting adalah stuktrur penghujahan.Bagi aku aspek ini jugak adalah kelebihan pasukan apabila memiliki Junny dalam pasukan.Bagi aku pencapaian terbaik Junny adalah ketika melawan UIA dalam Debat Alam Sekitar 09 tajuk kereta hybrid.Cara dia mencerikan teori kejuruteraan dengan sungguh berkesan mendapat pujian juri yang menyatakan itulah kali pertama bidang kejuruteraan teknikal Berjaya dihuraikan dengan sungguh berkesan.

3)BIDASAN
Aspek ini tentulah terletak di bahu Siddiq. Bagi aku, aku amat berpuas hati dengan bidasan beliau malah kagum dengan karisma beliau dalam membidas.Aku masih ingat ketika menentang UIA dalam semifinal Debat Kemerdekaan 2009 bagi aku dialah punca kemenangan UTP tatkala aku dan Junny hambar.

4)PERSEMBAHAN
Aspek ini adalah kelemahan pasukan yang ketara.Jika bertemu pasukan UIA inilah perkara yang paling aku gusarkan. Bagi aku persembahan pasukan hanya ok2 sahaja.Malah bagi aku ini adalah punca kekalahan di peringkat separuh akhir seperti Debat FOMCA 2009.Hanya Junny yang memiliki persembahan yang cemerlang.Namun kata orang sukar mencari kesempurnaan dalam pasukan.Aku lebih rela aspek ini yang cela berbanding 3 perkara lain di atas.

2 comments: