TENTANG SESEORANG

My photo
im juz a simple crazy guy....

Wednesday, February 24, 2010

ARENA DEBAT: BILA RINDU BERBISIK 1


Perkara yang paling aku rindukan sebenarnya adalah dunia debat.Apa taknya debat telah menjadi darah daging aku sejak darjah 4 lagi.Memandangkan aku mungkin telah bersara dalam dunia debat ni, kata orang tidak manis jika meninggalkan sesuatu tanpa sebarang pesan.Untuk entry yang pertama ni aku kira ingin aku memberikan sedikat pandangan terhadap junior yang aku sayangi. Terimalah ini dengan terbuka k mungkin berguna untuk korang menilai diri sendiri.Pandangan abang mungkin tidak betul tapi ini hanyalah berlandaskan pemerhatian abang selama bersama korang semua.



SIDDIQ
Siddiq adalah seorang yang sangat pintar dan mempunyai karisma yang kritikal di atas pentas. Bagi aku dia adalah lagenda debat UTP seterusnya selepas Junny dan Shafiq Fadly.Apa yang mungkin Siddiq perlu improve adalah kerajin k.Abang Nampak Siddiq ni malas sikit terutamanya untuk mencari facts.Selain itu, Siddiq ada masalah kelancaran dan laras bahasa yang sederhana.Kadang-kadang dia menggunakan ayat yang panjang yang mungkin boleh diringkaskan dengan hanya 3 atau 4 perkataan(same la kte).Gaya tanga juga perlu diperbagaikan.Siddiq juga mungkin boleh menambah elemen humor dalam bidasan.Apa yang aku pelik kenapa humor hanya terjadi apabila bertemu dengan Kajol?(terngiang2 lawak cempedak mambung).

EDDY
Eddy pada mulanya bagi abang tidak begitu menyerlah tapi apa yang Eddy perlu banggakan Eddy adalah junior yang paling banyak belajar dan meningkat saban hari sehingga menjadi Eddy seperti sekarang. Apa yang bagus tentang dia adalah penguasaan ilmu dan fakta yang paling baik di kalangan junior. Maka tak hairanlah dia sememangnya simpanan terbaik yang pernah ada. Dia juga sangat ramah dan mesra membolehkan dia mempunyai kabel yang sangat besar dalam dunia debat yang pasti akan menggantikan Duta Debat UTP sediada iaitu Junny dan Mino(respect sgt walaupun aku 1st team aku susah nak klik ngan dbters uni laen).Apa yang menganggu persembahan dia adalah kelancaran.Abang rase macam susah je nak keluar word bila eddy bercakap(sme je kite).Eddy jugak tidak boleh kelihatan kebudak-budakan bila on stage.Mungkin mimic muka boleh diperbetulkan.Apapun personally aku rasa dia sudah cukup bersedia untuk diangkat orang Terengganu kedua berada dalam 1st team.hehehe

NAYONG
Nayong dikenali sebagai junior bersuara robot namun itulah keistimewaan dia.Cara dia bercakap yang sangat menekan word namun lancar diadun dengan senyuman manis sepanjang percakapan mennyebabkan orang ingin melihat dan mendengar dia berhujah.Selaku pembahas ketiga dia mempunyai teknik bidasan yang berbeza dengan siddiq, dia lebih pakar dalam membidas konseptual perdebatan.Mungkin Nayong boleh menggunakan pengalaman sebagai satu-satunya junior selepas Siddiq yang pernah satu team dengan aku dan junny(hehe,,,kte teammate debat perpaduan k).Apa yang menganggu dia adalah pengaruh factor luar yang selalu menganggu focus dan perhatian dalam debat.Mungkin kaedah humor boleh ditingkatkan.

SITI
Pada mulanya aku tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi pada dia. Namun dia telah membuktikan anggapan aku terhadap dia adalah salah. Dia adalah pendebat yang paling cepat berkembang selepas Eddy. Malah apa yang mengejutkan aku, dia adalah junior yang mempunyai struktur hujah yang paling baik. Mungkin dia akan mewarisi bakat Junny dalam menyampaikan hujah dengan stuktur yang berkesan.Dan aku kira meskipun aku tidak melihat dia beraksi di Royal pastinya dia banyak membantu dalam membawa pasukan ke final royal junior.

Kepada PEKLAH, WADI, GULAM, MUIZ dan SHAFIQ abang akan menyatakan pendapat dalam post seterusnya k…

No comments:

Post a Comment