TENTANG SESEORANG

My photo
im juz a simple crazy guy....

Thursday, February 25, 2010

ARENAD DEBAT: BILA RINDU BERBISIK 2


Kalau post yang lepas aku telah berjanji untuk memberikan sedikit komen kepada 5 lagi junior debat agar mereka boleh menilai perkembangan mereka, jadi untuk kali ini janji itu akan aku tunaikan. Kepada junior lain bukan abg tidak mahu memberikan renspon namun tidak adil untuk abang mengadili sekiranya abang tidak mengenali anda dengan mendalam.Mungkin bila tiba masanya abang akan memberikan pendapat k.


SYAFIQ PEK LAH
Pada mulanya dia adalah individu paling menonjol dalam batch dia.Dia memang individu yang memilik kelancaran dan laras bahasa paling baik antara semua.Personaliti ini amat sesuai untuk membuka konsep perdebatan.Tak hairanlah aku lebih suka dia bertindak sebagai 1st speaker.Apa yang syafiq perlu tahu pencapaian debat Syafiq berkembang dengan sangat perlahan. Namun masih belum terlambat, kerana bagi abang Syafiq masih menjadi Top 5 abang bagi menggantikan Junny dan abang satu masa nanti.Namun harapan ini akan hancur kalau Syafiq sendiri tidak membantu diri sendiri.Perkara yang akan memusnahkan karier anda dalam bidang ini adalah apabila gagal memperuntukkan masa sepatutnya dengan pasukan.Mungkin Shafiq mempunyai banyak komitmen lain namun jadikan debat ini sebagai keutamaan.Mungkin legasi PPM anda akan kembali.

WADI
Apa yang menarik tentang dia adalah cara penyampaian “jantan” yang memang sukar dicari dalam pasukan UTP. Dia sebenarnya adalah junior yang menyiapkan tugasan pada tempoh yang diperuntukkan selepas Eddy.Persembahan dia adalah ok namun kurang diingati.Maksudnya anda perlu mencari x factor dalam persembahan.Orang mudah bosan bila mendengar Wadi bercakap.Apa yang abang lihat mungkin Wadi kurang diberikan peluang.Abang berharap Wadi akan diberi lebih ruang untuk mock debate agar usaha dan kerajinan Wadi dapat diterjemahkan dalam bentuk peningkatan persembahan.

GULAM
Gulam adalah junior yang mempunyai potensi yang besar.Dia memiliki cirri-ciri yang sama dengan Pek Lah dari sudut persembahan.Laras bahasa dan kelancaran sangat memuaskan.Malah beliau adalah junior yang hebat dalam menggunakan daya bujukan dan bermain dengan sentiment.Sebagai pendebat terbaik final, aku rasa beliau juga memiliki pengstukturan hujah yang baik ketika di Arau tahun lepas.Mungkin beliau perlu lebih bekerja dalam berpasukan dan perlu lebih prihatin terhadap pandangan ahli pasukan ketika berada di atas pentas.Kandungan isi dan fakta yang mantap perlulah diperbaiki bagi mengisi stuktur yang telahpun elok.Disiplin dan kesungguhan mungkin boleh ditingkatkan lagi.

MUIZ
Muiz adalah seorang junior yang sangat menghormati senior juga seorang pendebat yang sangat rajin dan mempunyai keazaman yang tinggi.Kekalkan sifat ini.Bagi aku,dia telah menjadi jaminan kepada kecemerlangan debat UTP pada masa hadapan selepas legasi Siddiq and the gang.Persembahan sangat bagus dengan kelancaran dan laras bahasa yang menarik.Cuma satu sahaja yang muiz perlu ingat, adalah lebih baik memiliki persembahan yang biasa dengan idea yang bemakna berbanding persembahan yang meletop tanpa sebarang hujah rasional.Muiz perlu lebih banyak belajar konsep, stuktur dan memilih fakta yang relavan. Kekalkan persembahan menarik tetapi pengisian perlu peningkatan yang ketara agar seimbang.Contoh terbaik jadi macam Junny k.

SHAFIQ
Shafiq juga adalah junior yang menunjukkan potensi yang sangat besar juga merupakan junior yang sangat menghormati senior. Bagus. Apa yang menarik tentang persembahan dia, dia memiliki ketegasan apabila berhujah. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki.Contohnya Shafiq terlalu tegang dan mudah menjadi terlalu emosional. Namun secara jujurnya kualiti Shafiq dan Muiz jauh lebih baik daripada kualiti debat abang waktu foundation dulu.Gud luck k.
Apa yang dapat aku simpulkan, aku amat berbangga memiliki junior yang sangat berbakat dan aku tidak risau pada masa depan debat UTP dan aku dapat memberikan jaminan pada masa akan dating pencapaian mereka akan lebih baik berbanding apa yang telah aku dan Junny lalui.Gud luck k..

No comments:

Post a Comment