TENTANG SESEORANG

My photo
im juz a simple crazy guy....

Friday, February 26, 2010

10 AKTIVITI YANG PALING AKU RINDUI


1)Bermain skuasy
Aktiviti kesukaan aku pada waktu petang.Aku slalu men ngan migiew ngan mokge.Slalunye aku kalah.Pernah gak lawan Ismal ngan Zier.Haha.Pernah waktu foundation kerana ketagih men skuash walaupun esok ade final paper tp lepas blaja kt IRC aku ajak mokge men skuasy.urm.


2)Maen volleyball
Rindu sangat game celah bedah.Mungkin ramai tak tahu name celah bedah sebenarnya adalah ilham aku untuk pasukan voli for Village Tournament.2 kali ktrg masok 2 kali jdi naib johan,urm,.Then ia mula digunakan untuk mewakili group PE.Aku rindu nak spike.Rindu nak men ngan member2.Slalu x cukup ptg malam pon ktrg turun men voli.


3)Lepak maple
Ini adalah activity wajib.Aku selalu lepak ngan rumate,zaim n fifi.Mane lgi kalo bukan pakar megie goreng.Warung ameeth.Huhu.Kepunan nak mkn meggie gorg ngan roti bkr telor manis.


4)Lepak kafe v5
Kafe v5 sebenarnya adalah kafe yang paling istimewa kt utp.Pe yang bes kat cni bnyk stall so banyak choice makanan.Then zaman dulu2 slalu on9 kt sini sbb ade wireless.Biasenye aku on9 ngan junny, fifi n khaleb.Huhu.Maple die pon ok la.Lagi 1 air mangga ngan nasi lemak die mmg superb.Kt cni gak slalu men Uno ngan geng celah bedah.


5)Karok
Antara destinasi aku kalo keluar.Karoke fav aku adalah kat Ebox Ipoh khususnya hari Khamis.Murah k 10ringgit tok 4 jam.Aku slalu g karok ngan Zaim,Fifi,Junny,Tia,Esah,Konar dan ramai lagi la.Lagi wajib aku mestilah Tapi Bukan Aku.Zai mesti nyanyi lagu Anuar Zain.Junny nyanyi aku scandal.Aku pakar dalam membuat suara folseto.huhu.Berangan.


6)Misi entiti
Ini adalah perkara yang pelik.Aku Syahmi Zaim Fifi gemar mencari hantu.Pernah ktrg pergi Lahad, Menglembu kononnya cari entiti.Hehe.Tak cukup ngan 2 babak hiris tangan zaim tok korbankan darah men Spirit x kan aku lupe.


7)Pergi berkelah kt air terjun
Ini juga adalah hobi aku mungkin ramai tak tahu.Cakap je ape2 air terjun kt Perak semua dah aku pergi.Pergi Chemor 2 minggu skali k.Ada gak trip ngan celah bedah.Aku prefer sungai compare pantai.Pantai panas k.Tp trip celah bedah ke Pangkor juga aku akn ingt.Kat tganu pon aku ngan migiew slalu g betong k.Naek moto lgi.Hehehe..


8)Bowling
Walaupon aku x reti men bowling tp aku suka gak la sbb ble hangout ngan kwan2 mesti jdi meriah.Orang yang pandai men bowling adalah Oli, Fifi dan Migiew.Mokge pandai campak bola k.


9)Aktiviti memasak di bilik
Aku ngan Syahmi slalu msk megie,sosej la,wat kopi la.mcm2 la.Huhu kadang2 aku menghidangkan masakan kami kepada tetamu wajib iaitu Ffi dan Zaim.Hehehe.Rmai x tahu aku ske tgk makanan yg aku wat org len abeskan.2la sbb kalo dtg blik kami mesti aku menjamu makanan.Ia memberi aku kepuasan khususnya mereka yg slalu lapar.Untuk syahmi aku rindukan bilik 2 namun paling aku rindu pengalaman dapat rumate yang sekepala.Nak tgk muvie horror lgi.I da tgk k cte a moment 2 remember yg i janji nk tgk dlu.Hehe.


10)Debat
Aku rindu nak berdebat.Huhu tuhan je tahu bila kehilangan hobi sejak kecil.Tapi ini bukan bermaksud dunia aku akan berakir aku sekarang ade hobbi bru..nanti aku akan ceritakan 10 hobi baru aku k.Tunggu k.

Thursday, February 25, 2010

ARENA DEBAT BILA RINDU BERBISIK 3


Jika dalam 2 post sebelum ini aku sudah memberikan sedikit panduan untuk menyuluh masa depan arena debat. Kini aku akan ceritakan tentang pasukan aku yang dianggotai oleh aku, Junny dan Siddiq.Kami mula disatukan ketika Debat Kemerdekaan 2008 dan gandingan kali pertama telah merealisasikan hasrat untuk melihat IPTS mengegar dunia debat.Sepanjang 2 tahun bersama banyak juga kejayaan yang kami rasai.Sepanjang menyertai belasan pertandingan hanya sekali kami gagal untuk sekurang-kurangnya melayakkan diri ke peringkat separuh aku.Bagi aku sendiri ada 4 faktor yang menentukan keunggulan pasukan iaitu konsep, hujah, bidasan dan persembahan.


1)KONSEP
Bagi pandangan aku elemen ini adalah kekuatan utama pasukan.Pembukaan konsep kerajaan mahupun konsep bangkangan menjadi cerminan awal kepada kejayaan pasukan.Pasukan perlu tahu untuk tackle sesuatu usul.Ramai yang menyatakan UTP lebih kuat sekiranya menjadi pembangkang semasa mula-mula kemunculan kami kerana mempunyai konsep bangkangan yang baik.Tetapi bagi aku sama je jadi kerajaan ke pembangkang.Pernah juga kalahkan UIA dan UM walaupun menjadi kerajaan.Yang penting perincian perlu jelas.Selain itu pembawaan konsep perlulah konsisten sepanjang perdebatan.

2)HUJAH
Hujah bukan sahaja merujuk kepada isi dan fakta malah perkara yang lebih penting adalah stuktrur penghujahan.Bagi aku aspek ini jugak adalah kelebihan pasukan apabila memiliki Junny dalam pasukan.Bagi aku pencapaian terbaik Junny adalah ketika melawan UIA dalam Debat Alam Sekitar 09 tajuk kereta hybrid.Cara dia mencerikan teori kejuruteraan dengan sungguh berkesan mendapat pujian juri yang menyatakan itulah kali pertama bidang kejuruteraan teknikal Berjaya dihuraikan dengan sungguh berkesan.

3)BIDASAN
Aspek ini tentulah terletak di bahu Siddiq. Bagi aku, aku amat berpuas hati dengan bidasan beliau malah kagum dengan karisma beliau dalam membidas.Aku masih ingat ketika menentang UIA dalam semifinal Debat Kemerdekaan 2009 bagi aku dialah punca kemenangan UTP tatkala aku dan Junny hambar.

4)PERSEMBAHAN
Aspek ini adalah kelemahan pasukan yang ketara.Jika bertemu pasukan UIA inilah perkara yang paling aku gusarkan. Bagi aku persembahan pasukan hanya ok2 sahaja.Malah bagi aku ini adalah punca kekalahan di peringkat separuh akhir seperti Debat FOMCA 2009.Hanya Junny yang memiliki persembahan yang cemerlang.Namun kata orang sukar mencari kesempurnaan dalam pasukan.Aku lebih rela aspek ini yang cela berbanding 3 perkara lain di atas.

ARENAD DEBAT: BILA RINDU BERBISIK 2


Kalau post yang lepas aku telah berjanji untuk memberikan sedikit komen kepada 5 lagi junior debat agar mereka boleh menilai perkembangan mereka, jadi untuk kali ini janji itu akan aku tunaikan. Kepada junior lain bukan abg tidak mahu memberikan renspon namun tidak adil untuk abang mengadili sekiranya abang tidak mengenali anda dengan mendalam.Mungkin bila tiba masanya abang akan memberikan pendapat k.


SYAFIQ PEK LAH
Pada mulanya dia adalah individu paling menonjol dalam batch dia.Dia memang individu yang memilik kelancaran dan laras bahasa paling baik antara semua.Personaliti ini amat sesuai untuk membuka konsep perdebatan.Tak hairanlah aku lebih suka dia bertindak sebagai 1st speaker.Apa yang syafiq perlu tahu pencapaian debat Syafiq berkembang dengan sangat perlahan. Namun masih belum terlambat, kerana bagi abang Syafiq masih menjadi Top 5 abang bagi menggantikan Junny dan abang satu masa nanti.Namun harapan ini akan hancur kalau Syafiq sendiri tidak membantu diri sendiri.Perkara yang akan memusnahkan karier anda dalam bidang ini adalah apabila gagal memperuntukkan masa sepatutnya dengan pasukan.Mungkin Shafiq mempunyai banyak komitmen lain namun jadikan debat ini sebagai keutamaan.Mungkin legasi PPM anda akan kembali.

WADI
Apa yang menarik tentang dia adalah cara penyampaian “jantan” yang memang sukar dicari dalam pasukan UTP. Dia sebenarnya adalah junior yang menyiapkan tugasan pada tempoh yang diperuntukkan selepas Eddy.Persembahan dia adalah ok namun kurang diingati.Maksudnya anda perlu mencari x factor dalam persembahan.Orang mudah bosan bila mendengar Wadi bercakap.Apa yang abang lihat mungkin Wadi kurang diberikan peluang.Abang berharap Wadi akan diberi lebih ruang untuk mock debate agar usaha dan kerajinan Wadi dapat diterjemahkan dalam bentuk peningkatan persembahan.

GULAM
Gulam adalah junior yang mempunyai potensi yang besar.Dia memiliki cirri-ciri yang sama dengan Pek Lah dari sudut persembahan.Laras bahasa dan kelancaran sangat memuaskan.Malah beliau adalah junior yang hebat dalam menggunakan daya bujukan dan bermain dengan sentiment.Sebagai pendebat terbaik final, aku rasa beliau juga memiliki pengstukturan hujah yang baik ketika di Arau tahun lepas.Mungkin beliau perlu lebih bekerja dalam berpasukan dan perlu lebih prihatin terhadap pandangan ahli pasukan ketika berada di atas pentas.Kandungan isi dan fakta yang mantap perlulah diperbaiki bagi mengisi stuktur yang telahpun elok.Disiplin dan kesungguhan mungkin boleh ditingkatkan lagi.

MUIZ
Muiz adalah seorang junior yang sangat menghormati senior juga seorang pendebat yang sangat rajin dan mempunyai keazaman yang tinggi.Kekalkan sifat ini.Bagi aku,dia telah menjadi jaminan kepada kecemerlangan debat UTP pada masa hadapan selepas legasi Siddiq and the gang.Persembahan sangat bagus dengan kelancaran dan laras bahasa yang menarik.Cuma satu sahaja yang muiz perlu ingat, adalah lebih baik memiliki persembahan yang biasa dengan idea yang bemakna berbanding persembahan yang meletop tanpa sebarang hujah rasional.Muiz perlu lebih banyak belajar konsep, stuktur dan memilih fakta yang relavan. Kekalkan persembahan menarik tetapi pengisian perlu peningkatan yang ketara agar seimbang.Contoh terbaik jadi macam Junny k.

SHAFIQ
Shafiq juga adalah junior yang menunjukkan potensi yang sangat besar juga merupakan junior yang sangat menghormati senior. Bagus. Apa yang menarik tentang persembahan dia, dia memiliki ketegasan apabila berhujah. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki.Contohnya Shafiq terlalu tegang dan mudah menjadi terlalu emosional. Namun secara jujurnya kualiti Shafiq dan Muiz jauh lebih baik daripada kualiti debat abang waktu foundation dulu.Gud luck k.
Apa yang dapat aku simpulkan, aku amat berbangga memiliki junior yang sangat berbakat dan aku tidak risau pada masa depan debat UTP dan aku dapat memberikan jaminan pada masa akan dating pencapaian mereka akan lebih baik berbanding apa yang telah aku dan Junny lalui.Gud luck k..

Wednesday, February 24, 2010

ARENA DEBAT: BILA RINDU BERBISIK 1


Perkara yang paling aku rindukan sebenarnya adalah dunia debat.Apa taknya debat telah menjadi darah daging aku sejak darjah 4 lagi.Memandangkan aku mungkin telah bersara dalam dunia debat ni, kata orang tidak manis jika meninggalkan sesuatu tanpa sebarang pesan.Untuk entry yang pertama ni aku kira ingin aku memberikan sedikat pandangan terhadap junior yang aku sayangi. Terimalah ini dengan terbuka k mungkin berguna untuk korang menilai diri sendiri.Pandangan abang mungkin tidak betul tapi ini hanyalah berlandaskan pemerhatian abang selama bersama korang semua.



SIDDIQ
Siddiq adalah seorang yang sangat pintar dan mempunyai karisma yang kritikal di atas pentas. Bagi aku dia adalah lagenda debat UTP seterusnya selepas Junny dan Shafiq Fadly.Apa yang mungkin Siddiq perlu improve adalah kerajin k.Abang Nampak Siddiq ni malas sikit terutamanya untuk mencari facts.Selain itu, Siddiq ada masalah kelancaran dan laras bahasa yang sederhana.Kadang-kadang dia menggunakan ayat yang panjang yang mungkin boleh diringkaskan dengan hanya 3 atau 4 perkataan(same la kte).Gaya tanga juga perlu diperbagaikan.Siddiq juga mungkin boleh menambah elemen humor dalam bidasan.Apa yang aku pelik kenapa humor hanya terjadi apabila bertemu dengan Kajol?(terngiang2 lawak cempedak mambung).

EDDY
Eddy pada mulanya bagi abang tidak begitu menyerlah tapi apa yang Eddy perlu banggakan Eddy adalah junior yang paling banyak belajar dan meningkat saban hari sehingga menjadi Eddy seperti sekarang. Apa yang bagus tentang dia adalah penguasaan ilmu dan fakta yang paling baik di kalangan junior. Maka tak hairanlah dia sememangnya simpanan terbaik yang pernah ada. Dia juga sangat ramah dan mesra membolehkan dia mempunyai kabel yang sangat besar dalam dunia debat yang pasti akan menggantikan Duta Debat UTP sediada iaitu Junny dan Mino(respect sgt walaupun aku 1st team aku susah nak klik ngan dbters uni laen).Apa yang menganggu persembahan dia adalah kelancaran.Abang rase macam susah je nak keluar word bila eddy bercakap(sme je kite).Eddy jugak tidak boleh kelihatan kebudak-budakan bila on stage.Mungkin mimic muka boleh diperbetulkan.Apapun personally aku rasa dia sudah cukup bersedia untuk diangkat orang Terengganu kedua berada dalam 1st team.hehehe

NAYONG
Nayong dikenali sebagai junior bersuara robot namun itulah keistimewaan dia.Cara dia bercakap yang sangat menekan word namun lancar diadun dengan senyuman manis sepanjang percakapan mennyebabkan orang ingin melihat dan mendengar dia berhujah.Selaku pembahas ketiga dia mempunyai teknik bidasan yang berbeza dengan siddiq, dia lebih pakar dalam membidas konseptual perdebatan.Mungkin Nayong boleh menggunakan pengalaman sebagai satu-satunya junior selepas Siddiq yang pernah satu team dengan aku dan junny(hehe,,,kte teammate debat perpaduan k).Apa yang menganggu dia adalah pengaruh factor luar yang selalu menganggu focus dan perhatian dalam debat.Mungkin kaedah humor boleh ditingkatkan.

SITI
Pada mulanya aku tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi pada dia. Namun dia telah membuktikan anggapan aku terhadap dia adalah salah. Dia adalah pendebat yang paling cepat berkembang selepas Eddy. Malah apa yang mengejutkan aku, dia adalah junior yang mempunyai struktur hujah yang paling baik. Mungkin dia akan mewarisi bakat Junny dalam menyampaikan hujah dengan stuktur yang berkesan.Dan aku kira meskipun aku tidak melihat dia beraksi di Royal pastinya dia banyak membantu dalam membawa pasukan ke final royal junior.

Kepada PEKLAH, WADI, GULAM, MUIZ dan SHAFIQ abang akan menyatakan pendapat dalam post seterusnya k…

HEYPY: "FACEBOOK" CIPTAAN MALAYSIA


Baru-baru ni, kawan chatting aku menjemput aku untuk mendaftar sebagai ahli sebuah laman sosial yang dikenali heypy..Pada mulanya mcm malas nak mendaftar.Lagipun Friendster, Myspace, Facebook aku pon jarang2 diupdate.Tapi apa yang membuatkan adrenalin aku membuak, dengar cite ia adalah ciptaan seorang anak Malaysia yang cuba untuk menandingi kehebatan facebook.(kendu k orngnye).Sedikit pandangan aku tentang laman ini:

KELEMAHAN:
1)design dia cam x best ckit..guna dua colour je..then memang jaoh beza la dari facebook..Untuk design aku kasi 15/100 markah...hehehe
2)ahli yang ciput...Ble aku daftar ade 200 lebih je ahli..So dari segi matlamat mmg bukan a good social web la sbb sepatotnye laman web social perlu ade comunity yg besar.Then profil mmbr pon mcm hangat2 tahi ayam je...x updated..Tapi mungkin boleh dimaafkan sbb masih baru..
3)x banyak application yang menarik..Kalo facebook sendiri banyak aplication yang dorang tawarkan termasokla games etc...Tp ni ntah la ala kadar sgt

KELEBIHAN:
1)Anda boleh sign in Yahoo Messenger or GTalk dalam laman ni..Ok la 2..
2)Ciptaan anak bangsa kita..Tak salah kalau nak mencuba dan menyokong usaha anak bangsa.Siapa lagi yang nak membantu..Kalau kita nak tgk laman ni pergi jauh Heypy perlu kuasai comunity domestik dulu then bru boleh tembus globas
3)Yang mencipta dia by k..

So tepuk dada tanya selara,,kalo kite terlalu disogokkan dengan kemajuan ngr2 Barat, adakalanya kita perlu menyokong titik peloh dari tngan sendiri tanah sendiri biarpon hasilnya x seberapa..

Tuesday, February 23, 2010

15 FRENSKU

Firstly aku ingin ceritakan tentang rakan2 aku sebagai penghargaan kepada jasa mereka yang menceriakan hidup ini.Mereka ini adalah orang yang selalu membantu aku cuma aku...i luv u guys so much...gogo celah bedah...

1)FIFI

Fifi adalah seorang yang sangat pelik.Pada mulanya susah nak paham die tapi lame2 kitrng menjadi kawan yg sgt baik.Mungkin orang x nampak kitorang slalu bersama tp kami share a lots of thing.Fifi sgt sensitif dan mudah terasa dengan strangers tp bile dengan kawan2 die sgt open dan memahami.Aku selalu masam muka dengan dia tapi at last dia orang yang banyak membantu aku dan tempat untuk aku mengadu..Luv u so much fifi...
Perkara paling dirindui: Melihat dia meracau sambil merapu-rapu..hehehe

2)MIGIEW

Migiew @ zik @ zara adalah merujuk orang yang sama..Dia adalah seorang kawan yang sangat baik dan aku sangat selesa kalo hangout dengan dia..Die seorang yang sangat tidak berkira dengan aku sbb tu aku sangat tidak berkira dengan dia..Dia adalah tempat terbaik untuk meluahkan perasaan dan seseorang yang sangat best..Juga merupakan teman sukan aku dan teman hangout di terengganu...Yang penting aku x pernah gado ngan die hidop aku ngan die slalu gelak je...seriously seorang yang aku x nak ilang dlm idop..poyo je..hehehe
Perkara paling dirindui: Naek moto gigih g ipoh...banyak kali jugak

3)NORA

Nora @ Esah adalah individu yang sama..Hot stuff dalam celah bedah...Dia seorang yang sangat memahami..Dia selalu ada bila aku memerlukan seseorang..Dia adalah seorang yang sangat setia dengan aku dan merupakan perempuan yang paling aku rapat sbgai kawan...Kitorg pernah share tentang family dan mcm2 lagi la..Aku rindu sgt kt dia..
Perkara paling dirindui: Melegar-legar keliling UTP sambil share masalah


4)SYAHMI
Dia ni rumate aku once upon a time..Selama aku ade rumate die la rumate plg bes...x pernah berkira dengan aku...abes final exam dia la ambik aku..hehehe...Aku tau aku banyak menyusahkan dia..Die seorang yang sayang family and i hope he feels im a part of his family...Kitorang slalu pillow talk sebelum tido n share opinian bout many things..Aku blaja banyak tentang kereta ngan die...
Perkara paling dirindui: Tengok cite horror malam2

5)ZAIM
Dia seorang yang begitu hebat memuji diriku...Bak kate syahmi mulut sangat manis..Seorang yang sangat sporting dan aku suke keluar dengan dia..Mula kenal dia dalam kelas menari then dia la bnyk ajar aku menari...Die ni jugak kawan sukan aku bile migiew pergi intern aku slalu trun men bola tampar ngan die..die hebat spike k...
Perkara paling dirindui: Aksi spirit of the coin,,,die rela korbankan darah,,hehehe


6)JUNNY
Sebahagian hidup aku kt UTP mmg dijodohkan dengan Junny..Siapa x kenal pendebat Malalysia yg plg comel..sah2 Junnyaruin Anak Barat...Aku sangat mengagumi die dalam debat dan kami sangat kompetitif...Pernah aku sorok facts waktu debat tp aku da mntk maaf..hehehe..Dia seorang yang sangat baik..Dia la selalu mengajar aku kalo aku x pham x jemu2 ingatkan aku pasal assignment...To junny chaiyok2 tok debate....nnti aku tlg la pe yg patot k...
Perkara paling dirindui: Mestilah berada dalam team yang same..


7)
OLIVER
Oli adalah seorang yang sangat baik..Dulu kami slalu share pasal family..Dia tak suka org gngu waktu tidur dia tp aku slalu gangu dia especially waktu study week..Die seorang yang x pernah jemu mengajar aku n ingatkan aku tok wat assignment..Dia adalah star dalam gang aku sbb sgt berbakat pandai nyanyi n menari tradisonal..
Perkara paling dirindui: Mengurut dan diurut Oli...huhu


8)MOKGE
Dia juga adalah seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis..Tapi hatinya sangat baik dan terpuji..Dia adalah guru dan rakanku dalam sukan...Dia orang yang mengajar aku main skuasy dan tak pernah dalam hidup aku, aku berjaya kalahkan dia,,urm,,Die seorang yang sgt supportive dalam segala perkara..Biarpun lebih muda dari aku,,dia jauh lebih matang..
Perkara paling dirindui: Melihat mokge servis maut vollleyball sambil pkai cekak mrah


9)TIA
Tia @ Atiro @ Atiarosa adalah orang yang sama..Dia adalah seorang yang mempunyai keyakinan yang tinnggi k...Aku dengan dia mmg sekepala slalu kuar sme2 ngan dia dan bila kuar karok adalah satu kewajipan..Dia adalah seorang yang sgt komplex terutamanya dalam percintaan...sukar untuk memahami tetapi dalam persahabatan dia seorang yang sangat memahami aku...
Perkara paling dirindui: Karok lagu duet dengan tia

10)PLIN
Seorang yang sangat cute...Aku suke perangai die sbb dlm celah bedah pmpuan dia plg cool..Aku satu class well log dgn dia..Dia la yang slalu kol da bgon ke blom tok g klaz...Sangat sweet k...Aku suka tgk dia dressing sgt sempoi kalo boleh mmg aku nk pinjm bju t-shirt die..Dia adalah kawan yang sangt caring dan slalu membantu aku dalam blaja...
Perkara paling dirindui: Saat2 bekerjasama dalam test Well Log

11)FAT
Bagi aku dia adalah individu paling menonjol dalam celah bedah wanita sbb dia adalah seorang yang sangt sopan n cantik inside and out,,hehehe..Dia sgt baik dan inocent..Dia juga seorang yang pandai dan merupakan satu2nya pencabar Oli dan Junny dalam kelas..Dia slalu tnye kat aku,,,"Hairul ko ok x ni??"..Maknenye dia seorang yang sagt caring...
Perkara paling dirindui: Blik KL sme2...sorry x pandai drive lg waktu 2

12)PIKA
Juga merupakan kawan sekelas dengan aku waktu Well Log..Dia seorang juga rakan untuk aku study well log..Rindu time sme2 pergi n balik klaz well log...Sama2 support sesame kite dlm well log..Slalu ambil tahu tentang aku g klaz well log ke x...Pika thank you sbb bnyk tolng aku...Dia juga seorang yang sgt setia especially dalm cinta..huhu..susah nak pham cinta wanita,,hehehe
Perkara paling dirindui: Sme2 gigih untok klaz well log...hehehe


13)KONAR
Dia adalah kawan yang paling kontroversi..Walaupun aku slalu carot die die tetap baek ngan aku,,thanx konar,,,banyak mengajar aku tntg dunia plu...hehehe,,,Die slalu tukar2 kapel bemakna die sgt hots..hehhee...rindu nak bergurau dengan konar lagi..dan memberi pinjam bju2 yang mane masih ade DISANA..hehehe..gurau je..
Perkara paling dirindui: Mendengar cerita tentang scandal2 Konar

14)ZIER
Dia juga seorang yang pelik.Lagi pelik dr Fifi..Susah nak memahami zier ni..Dia juga adalah rakan skuasy aku..Tapi yg penting x pernah kalah dengan die k..huhu...tp skrg x taw la..Diaseorang yg periang dan sangat gedix..Dia adalah org plg cute la dalam porok2 batch die...
Perkara paling dirindui: Men skuasy..hrp leh bttle lgi


15)KORI
Dia adalah individu paling pintar dalam gang ini..Awas dengan mulut dia k sangat berbisa kalo mulut dia cium ular pon ular yang mati..hehhee..Tapi die sbnrnya seorang yang sangt baik dan penyanyang...Dia juga seorang yang sngt tektikal dalam bermain UNO..hehehe...
Perkara yang paling dirindui: Bermain Uno dengan Dewa buku

SELAMAT MENJELAJAH BINTANG KELABU

Assalamualaikum semua...Sebenarnya telah lama aku berhasrat untuk mempunyai blog sendiri,,,alhamdulillah terhasil juga akhirnya,,Bintang Kelabu ni akan aku jadikan macam diari aku untuk menceritakan perjalan hidup dengan kawan-kawan mahupun family...

Selain tu, Bintang Kelabu juga adalah platform untuk aku menlontarkan pandangan aku dalam isu yg aku suka...I hope u guyz will lik it...

xoxo